Himpunan cerita lawak, teka-teki, dan cerita-cerita pendek...dan macam-macam lagi la...
pengalaman adalah gelaran yang diberikan orang bagi setiap kesilapan mereka........
lawak..lawak..dan lawakkkk!!!!!!!!
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?DOL: Gula dah habis!SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
TIPAH TERTIPUAda satu mlm tu Tipah balik dari tiusyen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk!
Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,Tipah sensorang ajer. Takut gak tau!
Tunggu punyer tunggu, dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?
Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? peluh jantan mula memercik dan nyawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah? adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !
"Tttolong! toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada."Hoh!Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa? rosak enjin dia. Patut la slow aje? patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.Hee hee heehhhhh... malu Tipah tau! cerita pendek________________________________________________by webmaster : chal@arjuna___ NENEK OH NENEKSeorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."Teka-teki___________________________________________by webmaster : chal@rjuna___1. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
2. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?